Daulah Islamiyah sememangnya mempunyai bendera (Al-Liwa’) dan juga panji (Ar-Rayah). Inilah apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. semasa tegaknya Daulah Islamiyah pertama di Madinah al-Munawwarah pada tahun 622M. Dari segi bahasanya, bendera dan panji di dalam bahasa Arab disebut 'alam. Mengikut Kamus al-Muheet, dari akar kata rawiya, ar-rayah adalah al-'alam, yang jama’nya (majmuk) disebut sebagai rayaat. Juga disebutkan dari akar kata lawiya bahawa al-liwa' adalah al-'alam, yang jama’nya disebut sebagai alwiyah. Secara syar’ie, syara’ telah menjelaskan bahawa perkataan-perkataan di atas mempunyai maksud dan ciri-ciri yang tertentu.

Bendera Al Liwa'

Bendera Al Liwa' : adalah berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’ dengan warna hitam.Kalimah tersebut bermaksud 'Tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad Rasulnya'.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, "Bahawa bendera [[Nabi Muhammad s.a.w.]] berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih." Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafaz, "Bahawa pada bendera [[Nabi Muhammad s.a.w.]] tertulis kalimat ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’.

Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh [[Amirul Jihad]] (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi [[Amirul Jihad]] tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af’al) [[Nabi Muhammad s.a.w.]] sendiri, di mana baginda (sebagai amir), semasa pembukaan kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya.

Dari Jabir, "Bahawa [[Nabi Muhammad s.a.w.]] memasuki Makkah dengan membawa Bendera Al Liwa' berwarna putih." [HR Ibnu Majah]. An-Nasa'i juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawa semasa [[Nabi Muhammad s.a.w.]] mengangkat Usama ibn Zaid sebagai [[Amirul Jihad]] (panglima) pasukan ke Rom, baginda menyerahkan Bendera Al Liwa' kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.


Panji Ar Rayah

Panji Ar Rayah adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’ dengan warna putih.
Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (samada Division, Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah Nabi Muhammad s.a.w., semasa menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda, "Aku benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali." [HR Bukhari]. Saidina Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division ataupun regimen.
Diriwayatkan dari Harits Bin Hassan Al Bakri yang mengatakan, "Kami datang ke Madinah, saat itu dan Nabi Muhammad s.a.w. sedang berada di atas mimbar, sementara itu Bilal berdiri dekat dengan beliau dengan pedang di tangannya. Dan di hadapan Rasulullah terdapat banyak rayah (panji) hitam. Lalu aku bertanya: "Ini panji-panjii apa?" Mereka pun menjawab: "(panji-panji) Amru Bin Ash, yang baru tiba dari peperangan."

Dalam riwayat At-Tirmidzi, menggunakan lafaz, "Aku datang ke Madinah, lalu aku masuk ke masjid di mana masjid penuh sesak dengan orang ramai, dan di situ terdapat banyak panji hitam, sementara Bilal -ketika itu- tangannya sedang memegang pedang dekat Nabi Muhammad s.a.w.. Lalu aku bertanya: "Ada apa dengan orang-orang itu?" Mereka menjawab: "Beliau (Nabi Muhammad s.a.w.) akan mengirim Amru bin Ash ke suatu tempat."
Maksud ungkapan “terdapat banyak rayah (panji) hitam” menunjukkan bahawa terdapat banyak panji-panji yang dibawa oleh para tentera, walaupun amir (panglima perang)nya hanyalah seorang, iaitu Amru Bin Ash. Dalam riwayat An Nasa'i, dari Anas, "Bahawa Ibnu Ummi Maktum membawa panji hitam, dalam beberapa pertempuran bersama Nabi Muhammad s.a.w.." Hadis-hadis di atas dan banyak lagi hadis-hadis lain menunjukkan kepada kita bahawa itulah ciri-ciri bendera dan panji Nabi Muhammad s.a.w.. Nas-nas tersebut juga menunjukkan bahawa hanya terdapat satu bendera (liwa’) di dalam satu pasukan, tetapi boleh terdapat banyak panji (rayah) di dalam setiap unit dalam pasukan yang sama, yang dipegang oleh ketua unit masing-masing.

 == Bendera Kaum Muslimin ==

Inilah bentuk, corak dan warna bendera Rasulullah s.a.w. Hadis-hadis yang diriwayatkan menggambarkan dengan jelas akan bendera dan panji [[Nabi Muhammad s.a.w.]] dan tidak ada spesifikasi lain selain ini. Yang tertera padanya hanyalah satu kalimah yang Rasulullah s.a.w. diutus kerananya. Kalimah yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat. Inilah kalimah tauhid yang menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa, warna kulit, sempadan geografi dan sebagainya. Inilah kalimah yang ada pada bendera Rasulullah s.a.w... kalimah ”LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH”!.
.............................................................................................................................
<ref>http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Islam
<ref>http://mykhilafah.com/sautun_nahdhah/SN085_Bendera_Kita.pdf</ref>
<ref>http://mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=283:sn085-bendera-kita&catid=42:sautun-nahdhah&Itemid=2</ref>

Lihat juga


Download Buku-Buku Islam

Coment di Facebook

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube